Friday 25 January 2013

Mari Muhasabah

Suatu ketika, pernah kah kita merasa seolah-olah ada sesuatu yang menganggu ruang fikir kita. Kita mencari-cari di mana arah punca gangguan itu. Hati kita terasa seperti berbuat silap. Tapi semakin kita mencari, semakin pula kusut ruang fikir kita.  Pada satu saat yang lain, pernah kah kita tertanya sendiri, kenapa hati tidak tenang? Kenapa hati terasa masih lagi gelisah? Kenapa fikiran selalu saja melayang mengenang perkara-perkara pahit? Kenapa selalu saja rasa sendu dan duka, kadang melarat dari pagi membawa ke petang.
Sedangkan tangan masih ditadah, masih lagi berbicara doa pada Allah. Meminta itu ini, mengadu begitu begini. Memohon agar diampunkan semua dosa dan kesalahan diri. Namun hati, masih juga buntu dalam menemui erti ketenangan yang sebenar.
mungkin doa yang dipohon masih belum cukup keikhlasan dan kesungguhannya?
mungkin juga tiada perubahan untuk memperbaiki diri?

dalam situasi sebegini, muhasabah diri adalah sangat membantu.
ambil masa seberapa lama yang dimahukan, fikirkan apa yang telah kita lakukan.
cukupkah amalan? terjagakah pergaulan? dimanakah kita meletakkan Allah dalam kehidupan seharian?

Thursday 10 January 2013

assalamualaikum.

alhamdulilah, hari ini 11 januari 2013
ALLAH masih panjangkan umur aku di atas muka bumi ini
syukur padamu ya ALLAH yang melimpahkan rahmat dan kurniaan mu..
saat ini juga, aku masih berjuang unutk menghabiskan sisa
peperiksaan yang masih berbaki 2 paper lg iaitu
paper material & product characterization, lagi satu pharmacokinetic.

dua subjek ni perlukan pengiraan.
nak dijadikan cerita, semasa attachment di hospital seremban,
kalkulator calculator hilang.
nasib baik ade sorg kawan aku ni jumpe kalkulator tak bertuan.
tp tu bukan kalkulator yang hilang tu.
tp dy bg aku kalkulator tu.
harap2 dengan bantuan kalkulator tu aku mampu menjawab
soalan peperikasaan nanti dengan baik.

semoga, ALLAH membantu memudahkan urusan aku dan kawan2 aku. ameen..